Thursday, 16 December 2010

Supra-Conductor (Pengalir-Supra)

Salam

Hurmmm... pengalir-supra bersuhu tinggi atau dalam bahasa Inggeris nye "supra conductor high-temperature" adalah bahan-bukan-metal ( metal : contoh = besi, timah, emas ).

Pengalir-supra bersuhu tinggi ini diperbuat dari keramik (salah satu contoh keramik adalah labu sayung).

Nak tahu ape keistimewaan Pengalir-supra ini. Uih, mengikut teorinye, ia dapat mengalirkan arus elektrik tanpa RINTANGAN pada suhu kritikal!!!!

Kalau diikutkan, setiap bahan dalam dunia nih, ade sifat pengalir-supra nih, cuma suhu kritikalnye sangat2 rendah. So, xboleh digunakan di alam yg nyata (alam bazakh???) lol...

Ekceli, mende nih dah lama dah kajian die kat eropah. Cuma penggunaannye tidak lah meluas, seluas lautan samudera. Ia cuma di aplikasikan pada teknologi ketenteraan.

Kenapa sukar untuk mengaplikasikan penggunaannya? Buat masa ini, untuk mendapatkan bahan yg tiada unsur2 asing, sangat susah untuk dapat, dan perlu disintesiskan (xbleh dpt secara semulajadi). Jadik bahannye sangat2 la mahal. Dan yg susah sangat nak diatasi (dan sedang dan akan diperbaiki) adalah sifat pengalir elektrik nye tidak sempurna seperti yang dibayangkan di dalam teori. Arus elektrik yg dialirkan oleh bahan ini bergantung kepada arah ikatan "bonding". Jika arah ikatan "bonding" antara zarah tonggang-terbalik, jadik secara realistiknye, pengalir-supra tidak akan berlaku!!!!

Suhu kritikal untuk keramik yang bernama Yttrium-Barium-Copperoxide (erk..apekah???) adalah -183°C. Bile ia disejukkan dengan menggunakan gas nitrogen (awas, tangan anda akan membeku jika terkena gas nitrogen yg sedang menggelegak), keramik ini boleh terapung di atas sebuah magnet!!!!

Bagaimana ia terjadi??? ini kerana, mengikut Ochsen-Meißner, medan magnet tidak boleh menembusi bahan keramik tersebut, menyebabkan ada daya penolakan keatasnye.

Cuba tengok ah video nih :



Hope u all enjoy!!

(Sila berbesar hati untuk bertanya)

No comments:

Post a Comment