Thursday 16 December 2010

Supra-Conductor (Pengalir-Supra)

Salam

Hurmmm... pengalir-supra bersuhu tinggi atau dalam bahasa Inggeris nye "supra conductor high-temperature" adalah bahan-bukan-metal ( metal : contoh = besi, timah, emas ).

Pengalir-supra bersuhu tinggi ini diperbuat dari keramik (salah satu contoh keramik adalah labu sayung).

Nak tahu ape keistimewaan Pengalir-supra ini. Uih, mengikut teorinye, ia dapat mengalirkan arus elektrik tanpa RINTANGAN pada suhu kritikal!!!!

Kalau diikutkan, setiap bahan dalam dunia nih, ade sifat pengalir-supra nih, cuma suhu kritikalnye sangat2 rendah. So, xboleh digunakan di alam yg nyata (alam bazakh???) lol...

Ekceli, mende nih dah lama dah kajian die kat eropah. Cuma penggunaannye tidak lah meluas, seluas lautan samudera. Ia cuma di aplikasikan pada teknologi ketenteraan.

Kenapa sukar untuk mengaplikasikan penggunaannya? Buat masa ini, untuk mendapatkan bahan yg tiada unsur2 asing, sangat susah untuk dapat, dan perlu disintesiskan (xbleh dpt secara semulajadi). Jadik bahannye sangat2 la mahal. Dan yg susah sangat nak diatasi (dan sedang dan akan diperbaiki) adalah sifat pengalir elektrik nye tidak sempurna seperti yang dibayangkan di dalam teori. Arus elektrik yg dialirkan oleh bahan ini bergantung kepada arah ikatan "bonding". Jika arah ikatan "bonding" antara zarah tonggang-terbalik, jadik secara realistiknye, pengalir-supra tidak akan berlaku!!!!

Suhu kritikal untuk keramik yang bernama Yttrium-Barium-Copperoxide (erk..apekah???) adalah -183°C. Bile ia disejukkan dengan menggunakan gas nitrogen (awas, tangan anda akan membeku jika terkena gas nitrogen yg sedang menggelegak), keramik ini boleh terapung di atas sebuah magnet!!!!

Bagaimana ia terjadi??? ini kerana, mengikut Ochsen-Meißner, medan magnet tidak boleh menembusi bahan keramik tersebut, menyebabkan ada daya penolakan keatasnye.

Cuba tengok ah video nih :



Hope u all enjoy!!

(Sila berbesar hati untuk bertanya)

Muqaddimah

Salam

Ok...mula-mula sekali, saya nak wat perasmian ah dulu...wahahaha. Ibarat adat melayu ah, majlis perasmian kene grand *just joking*

Saya pelajar tahun akhir material engineering(kejuruteraan bahan). Maybe ade org yg pernah dengar pasal material sciences course, tapi material engineering lebih kepada penggunaan bahan di dalam industri (aka kilang!!)

Apa itu bahan? Material? (adakah aku belaja utk jadik materialistik???)

Macam masak-memasak, anda memerlukan bahan masakan untuk menghasilkan makanan. Bagaimana untuk menghasilkan makanan?? Amek contoh ayam masak merah. Kita perlulah menyediakan bahan masakan iaitu ayam,bawang,lada. Kita potong, kita goreng, kita taruk gula garam utk sedap...lalu jadik lah produknye iaitu ayam masak merah.

Begitu juga arakian ceritanye dengan barang yang kita guna seharian, yang xboleh dikuyah atau dimakan. Amek lah contohnye, ape ek.... haaaaa....botol air mineral ah. Bahan yg digunakan utk membuat botol air ini adalah polymer. Polymer (aish,sonang cerita,plastik sudah...) dihasilkan, dicairkan, dibentuk utk menjadik botol.

So, material engineering (kejuruteraan bahan), merangkumi ilmu yang melibatkan penghasilan bahan tersebut, sehinggalah bahan tersebut menjadik produk!!!

Bahan dikumpulkan dalam kumpulan dia... metal, bahan-bukan-metal. Ia bergantung kepada bagaimana zarah2 bersatu antara satu dengan lain di dalam bahan tersebut. Kalo tengok tudung botol tuh, cuba bayangkan ada bola yang sgt kecil, tersusun antara satu sama lain, dan diantara mereka, ada daya penarik. Daya nih ade personality nye tersendiri. Lalu memberi personality pada bahan, bahan tuh nak jadik plastik ke, metal ke, ape ke....

Ok, kalo ada masih yg tidak faham...dipersilakan bertanya. Ibarat kate orang jermen " xde soklan yang bodoh, cuma soklan yg lemah aje wujud ".

wassalam...